Friday, June 09, 2006

Bintang

Kelesuan dan kemengantukan
Namun masih terjaga
Berbisik dalam gelam
Perjalanan sepanjang malam
Pabila mendongak ke langit
Kelihatan berjuta bintang
Bertaburan dan berkerdipan
Keajaiban yang hilang di kota
Ku menatap anugerahNya
Bukti masih ada harapan

*** *** ***

Terbaring diriku di atas pasir-pasir halus
Dapat ku rasai kedinginan dan kelembutannya
Di dalam malam bulan makin menghilang
Ku lihat terpegun dihadapanku
Beribu bintang menghiasi angkasa
Aku tenang sambil ditiup angin laut lembut
Bersama lagu ombak menghempas ke pantai
Aku mahu senantiasa begini
Dimana diriku hanyut ke mana langit dan laut bertemu

~ K.A

4 comments:

mctm said...

akupun mahu senantiasa begitu, berbaring di atas pasir, sambil mendengar bunyi ombak mencecah tanah..

soon soon soon!!!

Miki-C said...

Wah, i am very impressed with ur kebolehan berpuisi.. *bow bow* *kow tow*

Asther said...

Wah... Never knew dat u're so good in Malay Puisi! Hehehe... ;P

krazie*angel said...

mctm,
hujung minggu ini kamu boleh baring di atas pasir dan mendengar bunyi ombak mencecah tanah di redang... atau ke pulau tioman bulan depan bersama kami.

miki-c and asther,
he he he...paiseh... i simply tembak only. but thanks!